FAQ - Akta Mencegah Lompat Parti
29 Ogos 2021
1. Apa itu Akta Mencegah Lompat Parti?
Akta Mencegah Lompat Parti adalah undang-undang yang akan menghalang wakil rakyat yang telah diberikan mandat oleh rakyat (pengundi) sewaktu Pilihanraya daripada **melompat dengan kerusinya" ke Parti Politik yang lain selepas menang kerusi Pilihanraya tersebut. Pada masa ini, tidak ada undang-undang yang mencegah seseorang dari melompat ke Parti Politik yang lain kerana hak ini di pelihara di bawah Perkara 10, Perlembagaan Malaysia.
2. Kenapa Lompat Pati sesuatu sikap yang tidak profesional?
Perbuatan ini mengganggu imbangan kuasa wakil rakyat (Ahli Parlimen) di Dewan Rakyat yang membuat undang-undang, kelangsungan Kerajaan dan Demokrasi Berparlimen.
3. Apakah akibat lompat parti yang paling besar di Malaysia?
Ibaratkan lompat katak yang sentiasa lompat tidak kira masa dan tempat, lompat parti wakil
rakyat menjadikan politik kucar kacir dan kepentingan rakyat diabaikan.
4. Apakah contoh jenis cara kejadian lompatan parti?
a) Tinggalkan Parti Politik atau dibuang dari Parti tersebut b) Parti Politik tersebut diharamkan atau dibuang pendaftarannya
c) Tidak ikut cakap atau arahan Parti Politik dan mengambil pendirian sendiri didalam keputusan mengundi dalam Dewan Perundangan
5. Apakah Objekif Akta Mencegah Lompat Parti?
a) Untuk memelihara semangat demokrasi dengan mengelakkan mandat rakyat digadai untuk kepentingan pelompat dan biar rakyat menentukan sama ada pelompat boleh kekalkan kerusinya.
b) Untuk mengurangkan kejutan kepada keseimbangan kuasa dan kemelut antara semua Parti Politik.
6. Apakah salah satu cara untuk menghalang Lompatan Parti ini?
Salah satu kaedah yang boleh diambil dalam Akta Mencegah Lompat Parti ialah memperkenalkan Pilihanraya untuk Memecat Wakil Rakyat' (Recall Election). Recall Election merupakan mekanisme yang membolehkan rakyat menarik balik mandat yang diberikan kepada wakil rakyat sekiranya mereka melompat Parti, dan Pilihanraya kecil akan diadakan semula di kawasan tersebut untuk memilih wakil rakyat baru.
7. Apakah itu Pilihan Raya Bermandat untuk Parti (Elections with Mandate for Parties)? Pilihan Raya Bermandat untuk Parti adalah satu mekanisme di mana rakyat akan mengundi berdasarkan pilihan Parti Politik, dan bukan individu. Parti akan memenangi kerusi berdasarkan peratusan keseluruhan undi yang diperolehi. Ini perlukan perubahan sistem pilihan raya.
8. Apakah yang dimaksudkan dengan Confidence & Supply Agreement?
Confidence & Supply Agreement (Perjanjian Percaya dan Pembekalan) merupakan satu persetujuan yang di buat antara pihak kerajaan (biasanya kerajaan minoriti) dan pembangkang, di mana pembangkang bersetuju untuk menyokong kerajaan atau sekurang kurangnya berkecuali atas undian kepercayaan, ketidakpercayaan, belanjawan dan penerimaan titah raja.
9. Apakah itu Pemerkasaan Blok Pembangkang dan Ahli Parlimen Kerajaan Bukan Menteri (Empowerment of Oppositions and Government Backbenchers)?
la merupakan satu usaha untuk memperkasakan dan menjaga kepentingan wakil-wakil rakyat yang bukan dari kalangan Menteri Kabinet dan Timbalan Menteri untuk memastikan wakil-wakil rakyat ini tidak melompat parti atas janji untuk diberikan pangkat dan harta.
AZALINA OTHMAN SAID
MP PENGERANG
Comments