Festival Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Sabah diadakan pada Februari 2025
2 Disember 2024
KOTA KINABALU: Festival Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Sabah dijangka diadakan pada Februari 2025 di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Kampung Lok Batik, Tuaran menerusi kerjasama Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Bagi membincangkan dengan lebih lanjut mengenai kolaborasi itu, Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah telah mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan di pejabat MOTAC di Putrajaya baru-baru ini.
Rombongan itu diketuai oleh Naib Presiden Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah, Datuk Japlin Akim, Setiausaha Agung Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah, Datuk Kassim Razali serta ahli jawatankuasa persatuan.
Dalam pertemuan itu, Japlin memberitahu persatuan dijangka menganjurkan Festival Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Sabah pada Februari 2025 di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Kampung Lok Batik, Tuaran.
Katanya persatuan tersebut akan bekerjasama dengan MOTAC dan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah untuk penganjuran Festival Kebudayaan.
" Festival Kebudayaan tersebut merupakan program tahunan persatuan," kata Japlin.
Comments