Frenerietta Sobitun juara Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri 2022
31 Mei 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
PENAMPANG: Frenerietta Sobitun mewakili Sandakan dinobatkan juara Unduk Ngadau Kaamatan peringkat negeri Sabah 2022 menewaskan 43 peserta lain.
Dengan kemenangan itu, gadis manis yang berasal dari Tambunan dan seorang pendidik itu menerima hadiah keseluruhan bernilai lebih RM120,000.
Pertandingan akhir Unduk Ngadau Sempena Pesta Kaamatan peringkat negeri diadakan di Hongkod Koisaan, di sini pada Selasa.
Naib johan dimenangi Esther Marius mewakili Papar dan tempat ketiga disandang oleh Deedee Cassandra Dallius mewakili Ranau.
Manakala tempat keempat pula dimenangi Carolyn Tony (Penampang), kelima Allveanna Loimin (Kiulu), Keenam Evanatie Sannie (Kota Marudu) dan ketujuh Sylvernie Belinda Engelbert (Inanam).
Pada tahun ini 44 peserta bertanding merebut gelaran Unduk Ngadau Peringkat Negeri Sabah 2022. Semua peserta tersebut merupakan pemenang Unduk Ngadau peringkat daerah dan KDCA termasuk Johor Bahru, Melaka, Klang Valley dan Putrajaya.
Comments