top of page

Gaduh Di Tapak Pesta Ria, Seorang Warga Asing Ditahan

  • nabalunews
  • 4 days ago
  • 1 min read


7 April 2025

 

SANDAKAN: Seorang lelaki warga asing ditahan susulan insiden pergaduhan di tapak pesta ria yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.


Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, suspek berusia 26 tahun ditahan untuk membantu siasatan lanjut.


Katanya, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 147, Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.



“Bagaimanapun, sehingga kini, belum ada apa-apa laporan berkaitan kejadian itu diterima pihak polis,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Terdahulu, video pergaduhan melibatkan sekumpulan individu itu menjadi tular di media sosial, sejak beberapa hari lalu.


Menerusi video berkenaan, semua individu terbabit dilihat bergaduh sesama sendiri dalam kesibukan pengunjung menghadiri pesta ria berkenaan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page