top of page

Gagasan Rakyat garis tiga cabaran utama untuk ditangani jentera penerangan parti

  • nabalunews
  • 6 hours ago
  • 3 min read


Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bergambar bersama pemimpin dan ahli-ahli Gagasan Rakyat sempena Majlis Pelancaran Jentera Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah 'Gasak 17' dan Perasmian Bengkel Penerangan di Pusat Kebudayaan Persatuan Rumpun Bajausama, Tuaran pada Sabtu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bergambar bersama pemimpin dan ahli-ahli Gagasan Rakyat sempena Majlis Pelancaran Jentera Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah 'Gasak 17' dan Perasmian Bengkel Penerangan di Pusat Kebudayaan Persatuan Rumpun Bajausama, Tuaran pada Sabtu.

26 April 2026


TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menggariskan tiga cabaran utama untuk ditangani jentera penerangan parti itu.


Beliau berkata, cabaran pertama jentera penerangan Gagasan Rakyat hendaklah bijak dan terus memerangi pembohongan dan fitnah yang dibawa oleh pembangkang, terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.


"Cabaran kedua, ialah pentingnya jentera penerangan dan semua pimpinan parti untuk menguasai dunia maya atau media sosial dan cabaran ketiga, terus meraih sokongan rakyat kepada Gagasan Rakyat dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).


Cabaran ini hendaklah juga dipergiatkan di peringkat bahagian dan cawangan parti katanya, katanya ketika merasmikan Bengkel Penerangan & Pelancaran Jentera Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah ‘Gasak 17’ di Dewan Pusat Kebudayaan Persatuan Rumpun Bajausama di Tuaran, hari ini.


Hajiji berkata, jentera penerangan khususnya mempunyai tanggungjawab besar untuk menangani cabaran-cabaran ini. Kita bukan saja perlu memerangi pembohongan dan fitnah pembangkang tetapi juga perlu menguasai dunia maya atau media sosial.


“Dalam memerangi dakyah pembangkang, adalah penting untuk kita menguasai dunia maya atau teknologi masa kini menerusi media-media sosial. Ini bagi memastikan kita menjadi satu jentera pantas bukan saja untuk memerangi pembohongan pembangkang tetapi yang penting adalah menyebarluaskan segala insiatif bantuan serta kejayaan-kejayaan. yang dicapai kerajaan GRS- PH Plus.


Beliau berkata, tahun ini adalah tahun pilihanraya, oleh itu jentera parti khususnya jentera penerangan harus bekerja keras untuk memberi penjelasan dan penerangan kepada rakyat. "InshaAllah GRS akan diberi mandat sekali lagi oleh rakyat pada PRN akan datang,” katanya


Sehubungan itu kata Hajiji, adalah penting untuk semua pimpinan parti termasuk jentera penerangan dan jentera pilihan raya di semua peringkat bekerja keras sepenuhnya untuk memastikan penjelasan diberikan kepada rakyat di peringkat akar umbi.


“Ini penting kerana banyak inisiatif dibawa oleh kerajaan GRS, sebahagian besarnya tidak pernah dibuat oleh kerajaan-kerajaan lalu apa lagi oleh kerajaan Warisan yang hanya pandai berbohong dan membuat fitnah.


“Insiatif bantuan dalam pendidikan, kesejahteraan rakyat seperti bantuan rumah mesra Sabah Maju Jaya dan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah atau SYUKUR, kejayaan membawa pelabur asing hingga dapat membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi serta peluang pekerjaan, perlu diperjelaskan serta disebarluaskan kepada rakyat. Inilah yang telah dilaksanakan kerajaan GRS dalam tempoh lebih empat tahun,” katanya.


Hajiji berkata, tanggungjawab sebagai jentera penerangan amat mencabar dalam menangani setiap pembohongan dan fitnah daripada pembangkang.


“Ini kerana sudah menjadi tugas pembangkang untuk terus menabur fitnah dan membuat pembohongan. Justeru, kita kena lawan dengan apa yang kita sudah buat selama memerintah.


“Walaupun rakyat tahu menilai namun tugas kita khususnya jentera penerangan adalah terus memberi penjelasan, lawan pembangkang kerana mereka akan terus membuat pembohongan.


“Ini kerana pembangkang rasa kecewa sebab Gagasan Rakyat dan GRS terus diterima rakyat berbilang kaum di negeri ini,” katanya sambil menambah bahawa Gagasan Rakyat dan GRS akan terus membela nasib rakyat hingga ke peringkat akar umbi.


Justeru, beliau mahu semua jentera parti, jentera pilihan raya dan penerangan di peringlat bahagian serta cawangan terus diperkemaskan dan diperkuatkan untun menghadapi PRN.


“Saya juga mahu siapa juga calon dipilih, kita kena sokong. Jangan sesekali ada unsur sabotaj. Dalam masa sama, kita mahu kestabilan politik,” katanya.


Terdahulu, Hajiji telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parti Bersatu Sabah (PBS) di Dewan Tun Hamdan, Tamparuli.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page