top of page

Ganggu ketenteraman awam, sekumpulan belia diambil tindakan langgar peraturan lalu lintas

  • nabalunews
  • 7 hours ago
  • 1 min read


30 April 2025


TENOM: Sekumpulan belia yang menunggang motosikal secara melulu dan melanggar peraturan lalu lintas di kawasan kampung telah dikenalpasti dan diambil tindakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah hasil aduan orang awam melalui inisiatif QR Code Aduan Masyarakat.


Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah (BPJKKD) IPD Tenom telah menjalankan pemantauan serta bertindak segera bagi menangani kegiatan yang mengganggu ketenteraman awam.


“Antara kesalahan yang dikesan termasuk tidak memakai topi keledar dan menunggang tanpa lesen yang sah, yang bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain, terutamanya dalam kawasan kampung,” menurut kenyataan dikeluarkan.


Dalam pada itu, PDRM Sabah turut menggesa ibu bapa agar memainkan peranan lebih aktif dalam memastikan anak-anak, khususnya yang masih bersekolah, sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya.


“Disiplin bermula dari rumah, dan PDRM komited untuk terus memastikan keselamatan serta ketenteraman awam sentiasa terpelihara,” tegas kenyataan tersebut.

Комментарии


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page