top of page
  • nabalunews

Gangguan air di Sandakan, pengguna diminta simpan bekalan air secukupnya, amalkan penggunaan air berjimat cermat

22 Ogos 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


SANDAKAN: Gangguan bekalan air luar jangka akan berlaku pada 26 Ogos ini di daerah ini susulan penutupan bekalan air sementara oleh Jabatan Air Sabah, Sandakan dengan tempoh gangguan bermula jam 7.30 pagi pada hari tersebut sehingga kerja-kerja pembaikan selesai.


Jurutera Air Daerah, Jabatan Air Sandakan, Alchemy Lobo October M. Sabin, dalam satu kenyataan di sini pada Khamis berkata, loji yang ditutup adalah Loji Rawatan Air Segaliud.


Jelasnya, tujuan penutupan itu bagi melakukan kerja-kerja pembaikan di loji berkenaan berdasarkan keperluan semasa.


Susulan itu, beliau menasihatkan penduduk di daerah Sandakan untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan mengamalkan penggunaan air terawat secara berjimat cermat sehingga kerja-kerja pembaikan itu selesai.


Juga dimaklumkan bahawa tekanan air akan kembali pulih dalam masa satu minggu daripada tarikh notis itu dijalankan.


Sehubungan itu kawasan yang terjejas akan mengalami gangguan bekalan air dan pemulihan adalah secara berperingkat.


Antara kawasan yang terjejas di Sandakan termasuk seluruh kawasan Batu 1 hingga Batu 17, Jalan Lintas Sibuga, Jalan Labuk, Jalan Utara, Jalan Lintas Utara, Jalan Buli Sim-Sim, Kawasan Sim-Sim, Grandview, Sunny Estate, Police Complex, kawasan bandar, Jalan Batu Sapi, Taman Mawar, Taman Ulu Sibuga, Taman sibuga, Taman Ramin, Kg. Bahagia, Kg, Gas, Jalan Bokara, Kg. Air, Kg. Bokara, Jalan Sg Manila, Jalan Sg. Batang dan kawasan sekitarnya.


Orang ramai boleh menghubungi Tobit E.Tabak di talian 016-8477092, Sahidzuwan Ag. Salleh (019-3577238) atau Careline 24 jam di talian 088-326888 untuk maklumat lanjut.

Comments


bottom of page