top of page
nabalunews

Gelanggang bola keranjang di taman permainan Kampung Sim-Sim siap dinaiktaraf



Frankie (tujuh kiri) bersama pegawainya serta beberapa komuniti setempat Kampung Sim-Sim, Sandakan meninjau di gelanggang itu.

7 Januari 2025 



SANDAKAN: Gelanggang bola keranjang di taman permainan Kampung Sim-Sim,  Sandakan kini telah dinaiktaraf dan siap sepenuhnya untuk kemudahan komuniti setempat.


Projek naiktaraf itu dilaksanakan menerusi peruntukkan Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming. 


Kerja-kerja itu melibatkan pemasangan bumbung yang kukuh serta penyelenggaraan keseluruhan gelanggang, termasuk memperbaiki permukaan lantai, pembinaan astaka, mengecat garisan baru, dan memasang pencahayaan tambahan untuk kegunaan pada waktu malam.


Katanya, dengan tambahan bumbung itu, ia juga diharap dapat melindungi pengguna daripada cuaca panas dan hujan serta memaksimumkan penggunaan gelanggang sepanjang tahun.


Jelas beliau, inisiatif ini juga adalah sebahagian daripada usaha berterusan pihaknya untuk menyediakan kemudahan rekreasi yang lebih selesa dan selamat kepada komuniti setempat.


"Gelanggang bola keranjang ini bukan sahaja menjadi tempat untuk bersukan, tetapi juga sebagai ruang untuk merapatkan hubungan silaturahim di kalangan masyarakat setempat,"tambahnya dalam satu kenyataan media di Sandakan pada Selasa.


Dalam pada itu, komuniti setempat di taman permainan Kampung Sim-Sim turut menyambut baik usaha ini dan berterima kasih atas keprihatinan Frankie terhadap keperluan mereka. 


Jelas mereka, dengan adanya gelanggang yang telah siap dinaiktaraf, ia juga dijangka bakal meningkatkan lagi penglibatan belia dalam aktiviti sukan dan menggalakkan gaya hidup sihat.

Comments


bottom of page