Gelanggang sabung ayam dimusnahkan
31 Januari 2025
TAWAU: Polis daerah ini mengambil tindakan proaktif dengan memusnahkan gelanggang aktiviti perjudian sabung ayam di kawasan ladang sawit di Kampung Sungai Melayu, Sebatik, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, operasi dijalankan sepasukan anggota dan pegawai Balai Polis Bergosong dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14, Pos Sungai Melayu.
Katanya, pasukan operasi bertindak memusnahkan gelanggang disyaki digunakan untuk mengadakan aktiviti sabung ayam.
“Tindakan itu dilaksanakan agar kawasan tersebut bersih daripada aktiviti perjudian sabung ayam.
“Operasi akan terus dilaksanakan secara berkala bagi mencegah aktiviti sabung ayam di kawasan pulau,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Jasmin berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan perjudian berkenaan atau jenayah lain boleh disalurkan kepada pihak polis untuk tindakan penguatkuasaan segera.
Comments