top of page

Gempa Bumi 3.8 Magnitud di Kota Marudu

nabalunews

10 Februari 2025


Kota Kinabalu: Gempa bumi lemah dengan magnitud 3.8 dilaporkan berlaku di Kota Marudu, pada jam 10.39 pagi tadi.


Menurut laporan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu berlaku di koordinat 6.3 darjah Utara dan 116.8 darjah Timur serta jarak 27 kilometer (km) Selatan dari Kota Marudu.


Katanya, kejadian gempa bumi dengan kedalaman 10 kilometer itu mengegarkan beberapa lokasi di daerah Kota Marudu dan kawasan sekitar.

Susulan kejadian itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut melakukan pemantauan di sekitar daerah Kota Marudu.


Ketika dihubungi, Pusat Gerakan Operasi (PGO)JBPM Sabah berkata, setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan.


Bagaimanapun katanya, pasukan bomba Kota Marudu dikerah melakukan pemantauan di beberapa premis berisiko.

“Antara kawasan yang diperiksa termasuk Hospital Kota Marudu, stesen minyak, bank dan kawasan tumpuan orang ramai.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page