nabalunews
Gempa bumi lemah landa Ranau, tiada kerosakan dilaporkan
17 Disember 2024
RANAU: Satu gempa bumi lemah dengan magnitud 3.1 telah berlaku pada jam 10:01 pagi tadi, berpusat 14 kilometer di barat Ranau, Sabah.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa tersebut berlaku pada kedalaman 10 kilometer.
Gegaran mungkin dirasai di sekitar kawasan Ranau, namun setakat ini tiada laporan kerosakan atau kemalangan jiwa diterima.
Orang ramai yang merasai gegaran diminta untuk mengisi borang soal selidik melalui pautan berikut: [https://forms.gle/PTpG6bkdD6EZB4F29](https://forms.gle/PTpG6bkdD6EZB4F29) bagi membantu pemantauan dan penilaian lanjut oleh MetMalaysia.
Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini dan memberikan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.
Comments