GEMPA BUMI SEDERHANA 5.7 SKALA RICHTER GEGAR RANTAU TAIWAN
7 FEB 2021
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter melanda rantau Taiwan awal pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi yang berlaku pada pukul 1.36 pagi itu, berpusat di 115 kilometer (km) Tenggara dari Keelung, Taiwan pada kedalaman 92 km. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama
Comments