top of page
Wartawan Nabalu News

Generasi muda KDMR harus fahami makna sebenar sambutan Kaamatan


Puan Racheal (duduk) dinobatkan juara Ratu Ibu

8 Jun 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Generasi muda masyarakat Kadazandusun Murut Rungus (KDMR) harus memahami makna sebenar sambutan Pesta Kaamatan bagi memastikan adat resam dan identiti masyarakat itu tidak hilang ditelan zaman.


Pegawai Pusat Khidmat Adun Kadamaian Saikom Watis yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick berkata, ini kerana generasi muda adalah penerus kesinambungan halatuju kebudayaan KDMR pada masa akan datang.


“Pesta Kaamatan merupakan perayaan turun-temurun yang diamalkan oleh nenek moyang kita, seharusnya difahami sepenuhnya oleh generasi muda.



“Tema Pesta Kaamatan tahun ini “Kaamatan Monunduan Do Winorun” atau “Kaamatan Menjiwai Alam Semulajadi” amat bertepatan dengan usaha meningkatkan kesedaran kepada masyarakat agar terus menjaga dan memulihara alam semula jadi,” katanya semasa Sambutan Pesta Kaamatan Kg.Tolus Kelawat, Kota Belud, di Dewan KDCA Kg.Tolus, kelmarin.


Saikom turut memuji pihak penganjur atas kejayaan melaksanakan acara ini.


“Ini membuktikan kesatuan dan kerjasama utuh di kalangan penduduk kampung. Saya berharap kerjasama dan perpaduan ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menjayakan program-program kemasyarakatan untuk kemajuan kampung,” katanya.


Saikom menerima cenderhati daripada pihak penganjur, turut kelihatan Marcus.

Sementara itu Pengerusi Pengajur Sambutan Kaamatann Kg.Tolus Kelawat, Marcus Lagiu turut menekankan kepentingan bahasa ibunda iaitu Bahasa Dusun diterapkan para ibu bapa bermula dari rumah.


Selain itu katanya, generasi muda masyarakat Kadazandsun juga seharusnya memelihara adat istiadat khususnya sambutan tadau kokotuan yang diwarisi sejak nenek moyang lagi.


Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk Ewon atas sumbangan dan pembangunan yang telah dilaksanakan di Kg.Tolus sehingga kini.


Saikom memalu gong sebagai simbolik perasmian Kaamatan Kg.Tolus, Kelawat.

Pelbagai acara menarik diadakan pada majlis itu termasuk pertandingan Ratu Ibu, Ratu Nenek dan Sugandoi Kaamatan.


Selain itu wargra emas yang berusia 70 tahun ke atas dan para pelajar dari kampung itu turut diberi penghargaan.


Turut hadir Ahli Majlis Tertinggi KDCA Charles Dalansing dan para pemimpin setempat.

Commentaires


bottom of page