top of page

Gerakan koperasi perlu terokai peluang baharu dalam digitalisasi dan ekonomi hijau: Ewon

nabalunews

24 Februari 2025


PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick menyeru gerakan koperasi di negara ini supaya menerokai peluang baharu dalam digitalisasi dan ekonomi hijau.


Beliau berkata, ini kerana antara potensi dalam konteks ekonomi hijau yang kini menjadi keutamaan global dalan menangani cabaran perubahan iklim, memastikan kelestarian sumber alam dan mewujudkan ekonomi yang lebih inklusif dan berdaya tahan.


“Selain itu, perkembangan teknologi Artifical Intelligenc (A.I) atau kecerdasan buatan yang seedang ‘trending’ ketika ini juga satu lagi potensi yang membolehkan koperasi memaksimumkan penggunaan teknologi dalam operasi dan perniagaan.

“Perkembangan ini menuntut kita untuk mempelajari ilmu dan kemahiran baharu agar tidak ketinggalan menggunakan teknologi terkini yang boleh membantu mempercepatkan proses kerja dan meningkatkan produktiviti koperasi.


“Kita boleh mengambil contoh sektor pertanian dan agro-tourism koperasi yang terlibat dalam industru sawit, perlu mengambil serius tanaman sawit selaras dengan ketetapan MSPO 2.0 yang menekankan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).


“Ini penting bagi memastikan kelangsungan perniagaan selaras keperluan dan kehendak pasaran dalam dan luar negara,” katanya ketika berucap merasmikan Jom@Coop 2025, di ITCC Penampang, di sini, kelmarin.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) Datuk Haji Zamri Salleh, Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil Azizul Alias, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Datuk Mohd Ali Mansor, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Datuk Haji Rusli jaafar dan Pengerusi Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) Datuk Wira (Dr) Rosli Mat Hassan.


Mengenai Program Jom@Coop 2025, Ewon berkata, ia merupakan satu inisiatif penting dalam usaha merakyatkan koperasi ke akar umbi.


Menurutnya, program ini bukan sekadar sebuah inisiatif turun padang, tetapi platform menyantuni anggota koperasi dan usahawan di seluruh negara serta menghebahkan kepentingan dan keistimewaan berkoperasi melalui pembangunan modal insan yang dilaksanakan oleh Institut Koperasi Malaysia (IKMa).


“Koperasi bukan sekadar entiti ekonomi, tetapi juga instrumen sosial yang mampu membangunkan masyarakat secara inklusif tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, status sosial, jantina, atau keupayaan fizikal,” katanya.


Ewon turut menekankan kepentingan latihan dan pembangunan modal insan dalam memastikan koperasi kekal berdaya saing.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page