Geran tanah bakal diterima enam kampung DUN Pintasan tahun ini

18 Mac 2025
KOTA KINABALU: Penantian sekian lama pemilikan geran tanah perkampungan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan akan diatasi tahun ini, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan, Datuk Fairuz Renddan.
Beliau berkata, antara kampung yang terlibat dengan penantian itu ialah Kampung Pantai Mas, Kampung Pintasan, Kampungg Liang, Kampung Tamau, Kampung Kayu Putih dan Kampung Liang.
"Enam perkampungan ini telah menunggu pemilikan geran tanah selama hampir 40 tahun dan mereka akan menerimanya pada pertengahan tahun ini," katanya dalam sidang media di sini, semalam.
Fairuz berkata, masalah
itu menjadi keutamaannya kepada penduduk Pintasan sejak dipillih menjadi wakil rakyat kawasan itu dan ia terus di perjuangkannya sehingga penduduk terbabit memiliki geran tanah masing-masing.
"Bukan mudah untuk mendapatkan pemilikan geran tanah memandangkan tanah-tanah itu sebelum ini diletakkan dalam rizab kampung, rizab padang ragut untuk ternakan.
Tetapi kampung-kampung ini sudah didiami penduduk berpuluh tahun dan mereka mempunyai asas untuk memilik geran tanah," katanya.
Katanya, antara cabaran yang dihadapi penduduk kampung terdahulu mereka tidak memohon geran tanah kerana menganggap tanah yang mereka diami sejak sekian lama adalah milik mereka.
Tetapi apabila dilihat semula terdapat tanah-tanah di kawasan berkenaan kini sudah dimiliki oleh syarikat dan bukannya untuk penduduk kampung.
Ada diantara kampung berkenaan menjadi laluan projek Pan Borneo yang melalui kawasan berkenaan, penduduk pula terpaksa keluar dan tidak menerima sebarang pampasan.
Saya telah berusaha memohon dengan kerajaan negeri agar tanah-tanah di enam perkampungan itu diberikan geran kepada penduduk terbabit. Usaha ini telah berhasil dimana penduduk terbabit bakal menerima pemilikan geran masing-masing pada pertengahan tahun ini," katanya.
Sementara itu, Fairuz berkata, DUN Pintasan bakal mempunyai pekan baharu selain telah dikenalpsti sebagai lokasi pembinaan taman perindustrian dikenali sebgai Taman Perindustrian Bersepadu Kota Belud.
"Jika taman perindustrian ini terlaksana kelak ia sudah pasti bakal mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat disamping limpahan ekonomi kepada kawasan ini dan Kota Belud serta Negeri Sabah," katanya.
Comments