Gereja Katedral St. Francis Xavier Keningau dicerobohi individu tidak dikenali
7 Julai 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
KENINGAU: Individu tidak dikenali memasuki kawasan Gereja Katedral St. Francis Xavier, Keningau pagi tadi dan merosakkan patung serta salib di dalam gereja berkenaan.
Menurut Komisi Komunikasi Sosial (KOMSOS) Keningau, kejadian tidak diingini dan mengejut itu berlaku sekitar jam 7.30 selepas misa pagi apabila seorang individu tidak dikenali memasuki kawasan gereja dan merosakan patung serta salib dalam gereja itu.
Bagaimanapun difahamkan tidak ada kecederaan berlaku.
“Justeru, umat dan orang awam diharap bersabar dan berhenti membuat spekulasi berhubung insiden ini.
“Ini kerana kerana pihak polis, Bahagian Siasatan Jenayah sedang menjalankan sisatan lanjut berhubung kejadian ini dan kita tunggu maklumat lanjut dari pihak Gereja,” katanya melalui hantaran di laman sosial Facebook Diocese of Keningau, hari ini.
Comentarios