Gereja SIB Beverly Hills terima kerusi sumbangan Ewon
20 November 2024
PENAMPANG : Inisiatif yang bermanfaat untuk mendukung institusi keagamaan dan masyarakat diteruskan oleh Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick.
Pada Isnin 18 November lalu, sumbangan kerusi telah disampaikan kepada pihak Gereja SIB Beverly Hills, di sini bagi memperbaiki lagi kemudahan di rumah ibadat itu untuk kegunaan ahli gereja.
Sumbangan bagi pihak Ewon disampaikan oleh Ketua Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat Parlimen P.174 Penampang, Bryan Matasing, bersama kakitangan Pusat Khidmat, Charles Liew.
Turut hadir, Jansen Masuin, Ketua UPKO Cawangan Kampung Baru Luyang, Penampang.
Sumbangan kerusi ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Ewon dalam memperkasakan kemudahan dan infrastruktur gereja sebagai pusat komuniti yang penting di kawasan Penampang dan mencerminkan kepedulian beliau terhadap keperluan rakyat, terutamanya dalam aspek sosial dan rohani.
Pihak Gereja SIB Beverly Hills merakamkan penghargaan atas sumbangan ini yang dapat memperbaiki lagi kemudahan bagi manfaat ahli gereja.
Comments