top of page

Gereja SIB Kampung Tolus Terima Sumbangan Pembangunan ADUN.

nabalunews

12 Februari 2025


Oleh : Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Kampung Tolus Kelawat, di sini, mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, menerusi sumbangan dana pembangunan.


Gereja berkenaan diberikan dana untuk membaiki infrastruktur bangunan bagi keselesaan komuniti setempat.


Sumbangan berkenaan disampaikan melalui Pegawai Kemajuan Masyarakat, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Juin Kolod, kepada wakil gereja, Frexshelly Ramle.


Menurut Frexshelly, dana yang diberikan akan digunakan untuk kerja-kerja penimbusan tanah serta pemasangan pagar bagi meningkatkan keselesaan gereja.


Katanya, ia adalah kesinambungan daripada permohonan Pengerusi Gereja SIB Tolus, Suming Garau yang dikemukakan mengenai masalah yang dihadapi setiap kali hujan.


“Masalah utama kawasan gereja ialah takungan air dan lumpur, sekali gus menyukarkan pergerakan jemaah ke tempat ibadah.


“Selain itu, pagar gereja yang sudah mulai reput menyebabkan haiwan ternakan seperti kerbau sering memasuki kawasan berkenaan,” katanya.


Sehubungan Frexshelly berkata, dia mewakili umat gereja mengucapkan terima kasih kepada Ewon atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan dalam membantu menyelesaikan masalah yang telah lama dihadapi.


Sementara itu, Juin berkata, sumbangan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Ewon, yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam memenuhi keperluan komuniti secara langsung.


Katanya, inisiatif itu sejajar dengan visi KUSKOP, Dasar Pandang Ke Timur Dalam Negara yang menekankan kepentingan pembangunan rakyat Sabah dan Sarawak.


"Visi tersebut merangkumi pelbagai aspek penting seperti pendidikan, keusahawanan, pembangunan infrastruktur, pembasmian kemiskinan, serta memperjuangkan hak rakyat Sabah dan Sarawak berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)." katanya.


Juin berharap dengan adanya sumbangan ini, kemudahan di Gereja SIB Kampung Tolus akan dapat dipertingkatkan.


Katanya, ia amat penting demi kesejahteraan masyarakat setempat yang menggunakannya sebagai pusat ibadah dan aktiviti komuniti.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page