top of page
Wartawan Nabalu News

Gereja St. Raphael, Pompod terima sumbangan RM10,000 daripada Ewon


Ewon (tiga dari kiri) menyampaikan cek bernilai RM10,000 kepada Frederica wakil gereja Katolik St. Raphael Pompod

25 April 2022

Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Chapel St.Raphael, Pompod Kelawat, di sini.

Beliau menyampaikan sumbangan itu semasa lawatan dan tinjauan bagi melihat sendiri keadaan gereja itu, hari ini.

“Saya berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan kewangan yang dihadapi pihak pengurusan gereja St. Raphael Pompod.

Ewon (tengah) mendengar keperluan umat gereja itu.

“Sebelum ini, semasa kita berada dalam kerajaan pada tahun 2018 hingga 2020, kita telah melaksanakan beberapa projek pembangunan kecil-kecilan di sini iaitu menimbus jalan dan pembinaan pondok kuburan Kampung Pompod,” katanya kepada Nabalu News selepas lawatan itu, hari ini. Sementara itu Pengerusi KPUK Chapel St.Raphael, Frederica Jilin Bayuan merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk Ewon atas sumbangan itu.

"Bagi pihak umat gereja St. Raphael Kg. Pompod, saya mengucapkan terima kasih kepada YB Datuk Ewon kerana meluangkan masa melawat gereja kami seterusnya menyampaikan sumbangan. "Sumbangan ini kami gunakan untuk membiayaai penimbusan kawasan sekeliling Gereja St. Raphael Pompod bagi mengatasi masalah limpahan air masuk ke dalam gereja setiap kali banjir," katanya.

Comments


bottom of page