top of page
nabalunews

Gesaan DBKK tangani penyalahgunaan tempat letak kereta bertingkat di Luyang



Gee Tien Siong, PPM Luyang

7 Januari 2025


KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) digesa untuk menangani penyalahgunaan tempat letak kereta bertingkat di Luyang.


Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Luyang, Gee Tien Siong berkata, sejak pembukaan tempat letak kereta bertingkat baharu di Luyang pada 1 Januari tahun ini, pihaknya menerima banyak aduan daripada penduduk termasuk ada yang membuat laporan polis berhubung penyalahgunaan kemudahan itu.


"Tempat letak kereta ini telah menjadi tempat perhimpunan peminat kereta dan motosikal pada lewat petang, dimana individu terlibat menjalankan aktiviti seperti menghidupkan enjin yang kuat, sambil memandu laju dan memainkan muzik yang bising.


Tindakan ini telah menyebabkan gangguan bunyi yang kuat menjejaskan ketenteraman penghuni terutama keluarga yang mempunyai anak kecil dan warga emas," katanya.


Juseru itu, katanya adalah penting untuk diambil perhatian bahawa kemudahan itu bukan untuk aktiviti sedemikian.


Katanya, ruangnya letak kereta itu yang terhad menjadikannya tidak sesuai dan tidak selamat untuk memandu laju atau perhimpunan besar, menimbulkan risiko keselamatan kepada kedua-dua peserta dan orang awam.


"Kami berharap semua individu supaya bertimbang rasa terhadap jiran mereka dan menggunakan kemudahan tersebut dengan penuh tanggungjawab" katanya.


Sehubungan itu, Gee menggesa DBKK untuk mengambil tindakan segera dengan melaksanakan langkah-langkah pemantauan yang lebih ketat untuk memastikan kemudahan itu memenuhi tujuannya.

Comments


bottom of page