top of page

Gotong Royong di Eko Pelancongan Bukit Munsuk (Tajam) Tolus Kelawat Oleh Wartawan Nabalu News:Kidd

nabalunews

14 February 2025


Oleh : Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO), Juin Kolod, yang mewakili Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, baru-baru ini melawat dan menyampaikan sumbangan bagi menyokong aktiviti gotong-royong di Eko Pelancongan Bukit Munsuk (Tajam), Tolus Kelawat. Aktiviti ini juga mewakili Datuk Ewon Benedick, Ahli Dewan Undangan Negeri Kadamaian.

Gotong-royong tersebut melibatkan aktiviti menebang pokok serta membawa bahan untuk pembinaan tandas dan pondok rehat.


Pengerusi Frexshelly Ramle turut hadir bagi memastikan kelancaran projek ini. Lokasi Eko Pelancongan Bukit Munsuk (Tajam) terletak kira-kira 3 kilometer dari titik permulaan, dengan ketinggian 133 meter dari paras laut.


Seramai 11 orang sukarelawan turut serta dalam usaha murni ini, yang bertujuan untuk meningkatkan kemudahan pelancongan serta kemudahan awam di kawasan tersebut.


Keprihatinan dan sokongan daripada pihak berwajib membuktikan komitmen mereka dalam memajukan sektor pelancongan di Kadamaian. Inisiatif seperti ini dapat memberikan impak positif kepada masyarakat setempat serta menarik lebih ramai pelancong ke kawasan ini.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page