top of page

Gotong-Royong Muafakat Antara Umat Katolik St. Petrus Lobong-Lobong dan St. Augustine Kaung

  • nabalunews
  • 3 hours ago
  • 1 min read


28 April 2025


KOTA BELUD: Satu aktiviti gotong-royong muafakat telah berlangsung dengan jayanya melibatkan umat Katolik dari St. Petrus Lobong-Lobong dan St. Augustine Kaung.


Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan memperkukuhkan kerjasama antara kedua-dua komuniti gereja tersebut. Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah penyimen lantai luar kapel, yang turut mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat.


Pengerusi KPUK St. Petrus Lobong-Lobong, Joeffrey Hurst Wealth B. Duanis, dan Pengerusi KPUK St. Augustine Kaung, Geoffry Magaran, turut hadir dan memimpin aktiviti tersebut. Selain itu, Katekis Joseph dan Katekis Jude Sipin Lihuan juga turut terlibat secara aktif dalam gotong-royong yang penuh bermakna ini. Jumlah kehadiran umat keseluruhan adalah sebanyak 25 orang, termasuk ahli Liga Wanita Katolik St. Petrus Lobong-Lobong yang bertungkus-lumus menyediakan makanan dan minuman untuk para peserta.



Aktiviti ini bukan sahaja mencerminkan semangat kerjasama yang tinggi, tetapi juga menunjukkan komitmen kedua-dua komuniti dalam memperkukuh perpaduan. Di akhir program, semua pihak berharap agar aktiviti seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang bagi mempererat lagi hubungan silaturahim dalam kalangan umat Katolik di kawasan ini.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page