top of page

GRAB KURANGKAN KOMISEN BAGI BANTU RAKAN NIAGA

nabalunews

14 JAN 2021


KUALA LUMPUR: Dengan SOP baharu untuk perniagaan dan restoran, Grab telah mengurangkan lagi had komisen sebanyak lima peratus untuk semua rakan niaga Food dan Mart di seluruh negara mulai 13 Januari hingga 10 Februari, 2021.


Pengarah Urusan Grab Malaysia, Sean Goh berkata ia akan menanggung semua kos untuk pesanan pengambilan sendiri yang dibuat melalui Aplikasi Grab dan menawarkan tanpa caj komisen buat sementara waktu jika pelanggan memilih untuk mengambil pesanan makanan mereka sendiri.


“Pesanan ambil sendiri akan membolehkan pra-pesanan tanpa sentuhan dan pengambilan tanpa tunai untuk membantu operasi kedai yang lebih selamat.


“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, kami telah mengurangkan komisen maksimum yang dikenakan kepada rakan niaga Grab. Seiring dengan penambahbaikan platform Grab, kami ingin terus menyokong rakan peniaga untuk berkembang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Sementara itu, beliau berkata Grab juga akan mengadakan semula kempen ‘Local Heroes’, untuk meningkatkan kesedaran dan aktiviti perniagaan mereka melalui pelbagai saluran pemasaran dan digital.


Tahun lepas, peniaga yang mengambil bahagian dalam 'Grab Local Heroes', menyaksikan peningkatan penjualan sehingga 43 peratus, oleh itu, Grab yakin ia akan membantu meningkatkan kesedaran mengenai perniagaan mereka kali ini, katanya.


Sehubungan itu, Goh berkata lebih ramai pelanggan akan bergantung pada perkhidmatan penghantaran, justeru Grab mempunyai pelbagai usaha untuk menyediakan akses yang lebih mudah dan berpatutan untuk keperluan harian mereka dalam masa yang sama menolong mereka untuk berjimat dalam perbelanjaan.


Lebih daripada 100 medan selera dengan hampir 1,000 gerai penjaja di platform Grab, oleh itu pelanggan boleh terus menikmati nasi lemak, char kuey teow, kopi ais dan makanan lain daripada pelbagai gerai makanan yang berbeza dengan ‘Mix & Match’ dan hanya satu pembayaran penghantaran, katanya. - Bernama

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page