top of page

GRAB TERUSKAN PERKHIDMATAN DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

  • nabalunews
  • Jan 12, 2021
  • 1 min read

12 JAN 2021


KUALA LUMPUR: Perkhidmatan disediakan Grab iaitu penghantaran makanan, barangan basah, penghantaran dokumen dan surat ekspres serta pengangkutan akan terus beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Pengarah Urusan Grab Malaysia Sean Goh berkata fokus utamanya adalah untuk terus melindungi pendapatan para pemandu, penghantar, peniaga serta pada masa yang sama untuk melindungi kesihatan keselamatan masyarakat.


"Sejak pelaksanaan PKP tahun lepas, kami telah mengambil langkah untuk mempercepatkan penggunaan teknologi digital bagi membantu melindungi masyarakat, kami akan meneruskan melipatgandakan usaha tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan PKP di enam negeri - Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah selama 14 hari mulai hari Rabu (13 Jan) hingga 26 Jan.


Enam negeri lain, Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan akan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sementara Perlis dan Sarawak akan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi tempoh yang sama.


Sean berkata masyarakat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, Grab menyokong usaha memerangi COVID-19.


"Sebagai sebuah syarikat tempatan, kami bersedia untuk bergabung dengan sektor awam, rakan industri dan masyarakat kami untuk membantu memulihkan ekonomi negara," katanya. - Bernama



Kommentare


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page