top of page
nabalunews

Graduan Berkemahiran Menyokong Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya



4 Disember 2024


KOTA KINABALU: Kolej Cyberjaya Kota Kinabalu menganjurkan Majlis Konvokesyen Ke-12 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) yang menyaksikan penganugerahan ijazah kepada 277 graduan, baru-baru ini.


Acara ini menzahirkan komitmen Kolej dalam menyokong Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) melalui pembangunan modal insan, penggalakan pembelajaran sepanjang hayat, serta peningkatan kesejahteraan masyarakat.


Dalam ucapannya, Profesor Dr. David Whitford, Naib Canselor Universiti Cyberjaya, yang menganugerahkan ijazah kepada para graduan, berkata kejayaan mendapat ijazah ini bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi perubahan positif yang dibawa graduan kepada dunia.


“Graduan, bawalah semangat ingin tahu, ketabahan, dan integriti ke mana sahaja anda pergi," katanya.


Sementara itu, Ketua Eksekutif Cyberjaya College Kota Kinabalu, Dr. Awang Faisal Assyiffa Awang Rahim menekankan sumbangan kolej kepada pembangunan negeri.


“Graduan berkemahiran yang dilahirkan oleh Cyberjaya College Kota Kinabalu adalah bukti komitmen kami terhadap pendidikan dan kesejahteraan komuniti. Saya percaya mereka akan terus menyumbang dengan signifikan, terutamanya dalam bidang kesihatan dan bidang berkaitan.


"Hari ini, kami telah menganugerahkan Diploma dalam Farmasi, Fisioterapi, Penjagaan Kesihatan, Psikologi, Pengajian Perniagaan, dan Kejururawatan, yang mencerminkan dedikasi kami dalam memenuhi keperluan Sabah," katanya.


Di majlis ini, Anugerah Pengerusi bagi Kelas 2024 telah dianugerahkan kepada Emily Yapp Sian Fui, graduan Diploma Psikologi yang cemerlang dari segi akademik dan kepimpinan.


Diiktiraf atas pencapaian akademik terbaik, Emily juga telah berkhidmat sebagai Presiden Junior Psychologist Club, Naib Presiden Artisans Club, dan Setiausaha I Majlis Perwakilan Pelajar.


Dalam ucapan penghargaannya, Emily

mengimbau kembali perjalanan para graduan.


“Melalui suka dan duka, kita telah belajar, berkembang, dan berusaha untuk mencapai saat yang penuh bermakna ini. Berdirinya kita di sini untuk menghadapi peringkat hidup yang seterusnya, kita harus menyambut peluang untuk membentuk masa depan, mengejar minat, dan membentuk legasi yang bermakna," katanya.


Kolej Cyberjaya Kota Kinabalu kini membuka permohonan bagi tahun akademik 2024/2025.


Pelajar lepasan SPM yang berminat boleh memohon melalui laman web kk.cyberjaya.edu.my/mohon atau hubungi kolej melalui WhatsApp di 019-3888621.


Ditubuhkan pada tahun 2008, Cyberjaya College Kota Kinabalu berada di hadapan dalam transformasi pendidikan dan menawarkan kemudahan dan makmal yang lengkap.


Kolej ini komited untuk menyediakan pendidikan berkualiti dan memperkayakan pengalaman pelajar, yang telah melayakkan kolej ini menerima penarafan ‘Kompetitif’ dalam Sistem Penilaian Kualiti Kolej Swasta Malaysia (MyQuest) 2022.


Kolej ini juga adalag afiliasi kepada University of Cyberjaya, yang memberikan manfaat melalui perkongsian sumber, pemindahan ilmu, dan penanda aras kualiti.


Universiti of Cyberjaya baru-baru ini mendapat penarafan 5 Bintang dalam QS Universities Rankings, menyokong Cyberjaya College Kota Kinabalu dan institusi saudaranya, Cyberjaya College Kuching.


Semua institusi di bawah jenama Cyberjaya beroperasi dengan visi untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti melalui akses pendidikan berkualiti.

Comentarios


bottom of page