top of page

Guna rumah simpan minuman keras seludup

nabalunews

12 Mac 2025


KOTA KINABALU: Taktik menjadikan rumah sebagai stor penyimpanan minuman keras seludup gagal apabila diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) dalam operasi di Jalan Sapi Nangoh, Telupid, di sini, Sabtu lalu.


Operasi kira-kira jam 9.50 pagi itu dijalankan PPM Sandakan bersama Unit Gempur Marin Wilayah Empat Sabah.


Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, hasil pemeriksaan, pasukan operasi berjaya mengesan pelbagai jenis jenama minuman keras yang disimpan di dalam rumah stor berkenaan.


Katanya, pasukan serbuan terus melakukan rampasan trhadsp semua minuman selepas disyaki tanpa dokumen atau cukai yang sah.


"Tiada Tangkapan dilakukan selepas penjaga atau pemilik dipercayai telah melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.


“Jumlah keseluruhan rampasan minuman keras pelbagai jenama itu dianggarkan bernilai RM120,411,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Menurutnya, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan pemilik rumah berkenaan.


"Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan barangan yang dirampas diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tindakan lanjut," katanya.


Menurut, pihak PPM sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada orang awam dalam usaha membanteras kegiatan ini daripada berleluasa.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page