top of page

Hak rakyat Malaysia bersuara untuk semak tindakan kerajaan: Syed Saddiq

Farah Salim

7 April 2022

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Teruskan bersuara untuk menyemak setiap tindakan kerajaan kerana itu adalah hak rakyat Malaysia, kata Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.


Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media hari ini, kerajaan tangguh kuat kuasa pelitup muka perakuan MS Sirim.


Sebelum ini wujud kebimbangan harga pelitup muka akan naik selepas arahan kerajaan supaya pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan mendapatkan perakuan dan penandaan MS SIRIM mulai 4 Julai depan.


"Akhirnya kerajaan tangguhkan arahan untuk facemask wajib dapat perakuan SIRIM. Inilah sebabnya kita kena bersuara.


"Arahan yang dikeluarkan kerajaan ini membuatkan lebih banyak tanda tanya kepada rakyat.


"Adakah kualiti facemask di pasaran sekarang tidak cukup untuk melindungi kesihatan pengguna? Jika betul begitu, kenapa baru sekarang nak laksanakan perakuan SIRIM?," katanya melalui perkongsian Facebooknya, hari ini.


Pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan yang dikuatkuasa 4 Julai depan ditangguhkan kepada 1 Januari tahun hadapan.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dipetik sebagai berkata, penangguhan itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas dari umum.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page