Hanya Tinggal Tujuh Mangsa Banjir Di Beaufort

14 Mac 2025
KOTA KINABALU: Hanya tujuh mangsa banjir daripada tiga keluarga masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Beaufort setakat 8 malam ini, berbanding 308 orang daripada 99 keluarga petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan mereka berada di PPS Dewan PSP Dun Banir.
“Semua mangsa banjir di PPS Dewan Bisaya, Dewan Residensi Prima dan Dewan Kukut yang dibuka sejak 8 Mac telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
“Banjir di 10 kampung terjejas di Beaufort semakin pulih,” menurut kenyataan itu.– BERNAMA.
Comments