top of page
  • nabalunews

Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia dan petrol RON97 turun 6 sen mulai 19 hingga 25 Sept

18 September 2024


KUALA LUMPUR: Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia dan petrol RON97 turun sebanyak 6 sen bagi tempoh 19 September hingga 25 September ini, seiring dengan penurunan harga pasaran minyak mentah dunia dan pengukuhan ringgit.


Dengan ini, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada RM2.95 seliter dan petrol RON97 ditetapkan pada RM3.19 seliter.


Nanakala RON95 kekal pada paras RM2.05 liter.


Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan sejak 8 Ogos 2024 sehingga kini, kerajaan telah menurunkan sebanyak 40 sen seliter bagi harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia, manakala harga runcit petrol RON97 turun 28 sen.


MOF memaklumkan bagaimanapun harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.


Menurut kenyataan itu, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan adalah menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).


Menurut MOF, kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit produk petroleum dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak global dan menyokong kestabilan harga bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Comments


bottom of page