top of page

Harga Runcit RON97, Diesel Turun 5 Sen

nabalunews

6 Mac 2025


PUTRAJAYA: Harga runcit minyak diesel di Semenanjung dan petrol RON97 turun lima sen iaitu masing-masing ditetapkan pada RM3.13 dan RM3.38 seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Mac ini.


Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Rabu berkata, penetapan kadar itu adalah seiring dengan perubahan harga pasaran minyak.


“Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 5 sen kepada paras RM3.38 seliter.

“Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 5 sen kepada paras RM3.13 seliter manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.


“ Harga runcit petrol RON95 terus kekal pada paras RM2.05 seliter,” katanya.


Menurut MOF, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page