Hari Kanser Sedunia diadakan di sekolah
![](https://static.wixstatic.com/media/d65831_080de4c29d8c44b7a3decbbc9539e1e0~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_735,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/d65831_080de4c29d8c44b7a3decbbc9539e1e0~mv2.jpg)
10 Februari 2025
Oleh : Wartawan Nabalu News
KOTA BELUD: Program Sambutan Hari Kanser Sedunia 2025 telah diadakan dengan penuh makna di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa, Kota Belud.
Acara ini disempurnakan oleh Caryle Lajimin, Ahli Lembaga Pengarah Pelawat Hospital Kota Belud, yang mewakili Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N11 Kadamaian.
Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanser reproduktif wanita dan melibatkan pelbagai aktiviti, termasuk larian amal, saringan kesihatan, pemeriksaan kanser serviks, ceramah tentang kanser, serta perkhidmatan pergigian dan derma darah.
![](https://static.wixstatic.com/media/d65831_436e8d4fd41d48ad8c60487f26bd07a1~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_735,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/d65831_436e8d4fd41d48ad8c60487f26bd07a1~mv2.jpg)
Program ini dianjurkan oleh Persatuan Pencegahan Kanser Sabah (PPKS) dengan sokongan daripada pelbagai pihak, termasuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kesihatan Malaysia, Hospital Kota Belud, Jabatan Penerangan Malaysia, Klinik Pergigian Kota Belud, Polis Diraja Malaysia, Majlis Daerah Kota Belud, dan Yayasan Kasih Suria.
Kehadiran masyarakat serta sokongan daripada pelbagai pihak membuktikan betapa pentingnya usaha bersama dalam menangani masalah kanser dan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pemeriksaan kesihatan secara berkala.
Comments