Hari Keluarga dan Kesyukuran KOTAMU di sambut meriah
2 Februari 2025
Oleh: Wartawan Nabalu News
KOTA BELUD: Acara Hari Keluarga dan Kesyukuran anjuran Koperasi Taman Tamu Lompios Kota Belud Berhad telah diadakan di Eco-Camp KOTAMU dengan meriah.
Acara yang berlangsung pada hari Sabtu lepas ini dihadiri oleh 70 orang, terdiri daripada anggota koperasi bersama keluarga masing-masing.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang hari tersebut. Antara aktiviti yang diadakan termasuklah memasak dan BBQ bersama, makan bersama dalam suasana mesra, taklimat perkembangan koperasi, serta pemberian saguhati kepada peserta.
Selain itu, para tetamu juga berpeluang menikmati acara santai karaoke, permainan, rekreasi mandi kolam, dan perlawanan bola tampar.
Acara ini bukan sahaja bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama anggota koperasi, tetapi juga sebagai platform untuk berkongsi kejayaan serta perkembangan terkini Koperasi Taman Tamu Lompios Kota Belud Berhad.
Dengan suasana yang meriah dan penuh kegembiraan, acara ini berjaya mencapai matlamatnya dalam memupuk semangat kekeluargaan dan kesyukuran di kalangan anggota koperasi.
Comments