top of page

Harun Ismail dilantik ahli CEO@Faculty Programme KPT UMS

nabalunews


Harun Ismail
Harun Ismail

17 Mac 2025


KOTA KINABALU: Datuk Harun Ismail dilantik sebagai ahli CEO@Faculty Programme Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2026.


Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn. Bhd (SOGDC), menerima surat pelantikan ini pada 11 Mac lalu daripada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.


“Tahniah atas pelantikan ini dan saya yakin bahawa dengan pengalaman dan kepakaran akan meningkatkan jalinan kolaborasi industri dalam pendidikan tinggi seterusnya mencapai objektif program yang diharapkan,” kata Zambry menerusi surat pelantikan berkenaan.


Harun menyifatkan pelantikan ini sebagai satu penghormatan yang besar daripada Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia sekali gus memberikan kepercayaan diatas pengalaman dalam kerjayanya selama ini.


“Ini merupakan satu tanggungjawab besar untuk dilaksanakan serta berkongsi pengalaman dengan UMS dalam industri minyak dan gas di Sabah.


"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Zambry Abd Kadir serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Haji Noor kerana memberikan kepercayaan dengan mencadangkan saya untuk memegang jawatan ahli CEO@Faculty Programme di UMS ini,” katanya.


Harun berkata, beliau menerima pelantikan ini dengan penuh kebanggaan dan berharap dapat terus berkhidmat untuk negeri dan rakyat Sabah sekali gus menyumbang pengalaman untuk memperkasakan Universiti Malaysia Sabah di negeri ini.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page