Haus Crew Terima Sumbangan ADUN Kadamaian untuk Pembangunan Kelab
![](https://static.wixstatic.com/media/d65831_0b3d6657a3494954815bc9433d344ab7~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_652,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/d65831_0b3d6657a3494954815bc9433d344ab7~mv2.jpg)
11 Februari 2025
Oleh : Wartawan Nabalu News
KOTA BELUD: Kelab Harus Adil Untuk Semua (Haus Crew), yang berpangkalan di Kampung Melangkap Tiong, Kota Belud, menerima sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.
Sumbangan berkenaan diterima penasihat kelab, Baini@Maini Lakin, sebagai sokongan kepada aktiviti kelab.
Baini berkata. dana yang diterima akan digunakan untuk menampung kos penyediaan pakaian seragam bagi 50 orang ahli kelab.
Katanya, Haus Crew ditubuhkan pada Disember 2015 dengan keahlian awal seramai 18 orang.
“Sejak penubuhannya, kelab ini aktif dalam membantu komuniti yang mengalami kesusahan, termasuk bergotong-royong dan menjalankan kerja amal.
“Antara barisan kepimpinan kelab yang memainkan peranan penting dalam pengurusan Haus Crew ialah Pengerusi, Junif Yapin, Bendahari, Tiniong Tingangan dan Setiausaha, Angela Sopikit,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Baini turut menyatakan hasrat kelab untuk mendaftarkan Haus Crew di sistem E-RoS sebagai sebuah kelab berdaftar.
Katanya, pendaftaran ini dijangka dapat membantu kelab dalam mendapatkan lebih banyak sokongan dan pengiktirafan bagi menjalankan aktiviti kebajikan dengan lebih meluas.
“Sumbangan daripada ADUN Kadamaian ini diharapkan dapat memperkukuh semangat ahli Haus Crew dalam menjalankan aktiviti mereka demi kesejahteraan komuniti setempat,” katanya.
Comments