top of page
  • Wartawan Nabalu News

Home Maths Therapy jenama francais bumiputera menangi Anugerah Francais Terbaik

29 Mei 2024


KUALA LUMPUR: HOME Maths Therapy jenama francais bumiputera pertama dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Francais Terbaik pada Anugerah Francais Malaysia.


Anugerah berprestij ini disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick kepada Tajuddin Mustafa, Pengasas HOME Maths Therapy pada Malam Anugerah Francais 2024 (MAF2024), anjuran Persatuan Francais Malaysia (MFA) dengan sokongan KUSKOP bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).


Anugerah Francais Malaysia ini turut mengiktiraf 17 pemenang dalam kategori lain seperti Kategori Sistem Francais, Kategori Francaisor Antarabangsa, Kategori Francaisi, Kategori ESG, Kategori

Terbuka dan Kategori Media.


Anugerah ini merupakan satu platform yang bertujuan memperkasakan kemajuan serta memberi pengiktirafan kepada syarikat francais tempatan atas pencapaian dan sumbangan mereka kepada industri.


Ketika berucap merasmikan majlis itu, Ewon berkata, penganugerah ini merupakan ruang untuk meraikan dan memberi pengiktirafan pencapaian dan usaha inovasi yang telah dilaksanakan oleh usahawan francais dalam membantu merancakkan ekonomi dan menyemarakkan lagi

agenda reformasi negara.


“saya melihat pengiktirafan ini bukanlah pengakhiran untuk para usahawan berpuas hati dengan kejayaan dan pencapaian mereka.


“Sebaliknya, ia merupakan satu permulaan untuk berjuang dengan lebih gigih dan bawa produk-produk francais negara agar setanding dengan jenama-jenama gah antarabangsa dan dapat bersaing di peringkat global,” tambahnya.


Sepanjang minggu ini juga turut berlangsung program Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2024 (FIM2024) bermula 30 Mei hingga 1 Jun 2024, bertempat di Dewan 4

& 5, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).


FIM dianjurkan buat kali ke-31 dengan menghimpunkan lebih 120 jenama francais daripada serata dunia meliputi pelbagai sektor. Dengan tema ‘From Net Work To Net Worth In Franchising’, menjadikan FIM sebagai salah satu platform urusniaga francais yang kondusif buat usahawan

francais tempatan dan antarabangsa.

Opmerkingen


bottom of page