Ibu dari Kg Tegudon terima bantuan ehsan dari Pusat Khidmat ADUN Kadamaian
15 Januari 2025
KOTA BELUD: Seorang ibu dari Kg Tegudon telah menerima bantuan ehsan daripada Pusat Khidmat ADUN Kadamaian untuk meringankan beban perbelanjaan kos pembedahan beliau.
Bantuan tersebut diserahkan oleh Pemaju Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, Clarence Somuil yang mewakili ADUN Kadamaian Datuk Ewon Benedick.
Beliau juga merupakan isteri kepada seorang individu yang tergolong dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU), dan mempunyai anak-anak yang masih bersekolah.
Sumbangan ini diharapkan dapat meringankan beban yang mereka hadapi dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.
Comments