Ibu Maut, Anak Parah
- nabalunews
- 5 hours ago
- 1 min read

24 April 2025
TUARAN: Seorang wanita maut dan anaknya parah selepas kedua-dua mereka tersepit dalam kejadian kemalangan di Jalan Sulaman Gayang, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, kenderaan yang dipandu remaja berusia 18 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh sebuah bas yang berhenti di tepi jalan berkenaan.
Akibat kejadian itu, mangsa Sutinah Amat, 47, disahkan maut di lokasi kejadian manakala anaknya yang berusia 18 tahun dilaporkan mengalami kecederaan parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 2.41 petang.
Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.
“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Alza yang dipercayai terbabas sebelum merempuh belakang Bas Persiaran Pelancong yang berada ditepi jalan.

“Terdapat dua mangsa tersepit dan operasi mengeluarkan kedua-dua mangsa terus dijalankan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, senaik berjaya dikeluarkan pasukan bomba, mangsa lelaki mengalami kecederaan parah dan di hantar ke hospital menggunakan ambulance.
“Manakala seorang lagi mangsa wanita disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut hadir membantu di lokasi kejadian.
“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.05 petang,” katanya.
ความคิดเห็น