top of page
  • nabalunews

Ibu tunggal disyaki jadi tokan dadah diberkas polis


6 September 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


TAWAU: Seorang ibu tunggal yang disyaki menjadi tokan dadah, diberkas polis bersama 20 paket Syabu bernilai RM6,000 di Kampung Brantian, Jalan Kalabakan, Selasa lalu.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek, 35, yang juga warga asing itu ditahan dalam serbuan ke atas sebuah rumah.


Katanya, serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau yang menjalankan Ops Tapis di kawasan tersebut.


"Semasa siasatan awal, suspek menyerahkan sebuah beg berzip yang didapati mengandungi 20 paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih, disyaki dadah jenis Syabu, selepas pemeriksaan lanjut.


"Dadah tersebut dianggarkan seberat 6.01 gram," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Menurutnya, ujian air kencing terhadap wanita itu mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.


Jasmin menambah, suspek kini ditahan reman untuk membantu siasatan kes di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) akta yang sama.

Comments


bottom of page