IKMa adakan kunjungan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri

21 Februari 2025
KOTA KINABALU: Institut Koperasi Malaysia (IKMa) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Datuk Zainudin Aman, di Bilik Mesyuarat Utama, JPANS, aras 14, Menara Kinabalu, baru-baru ini.
Kunjungan diketuai oleh Ketua Pengarah IKMa Datuk Mohd Ali B Mansor, bersama tujuh pegawai lain.
Kunjungan bertujuan memberi pengenalan penubuhan UKKM dan saranan tajaan biasiswa pelajar di Sabah untuk mengikuti pengajian di UKKM.
IKMa merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Kopoerasi yang telah menubuhkan UKKM dengan program bermula daripada peringkat Diploma, Ijazah, Sarjana dan Doktor Falsafah sejak Mac 2023.
Turut hadir, Pengarah Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS), Emas Sanjongan Datu Okar, Pengarah Bahagian Pembangunan Kapasiti Salina Muhamad Noor dan pegawai-pegawai dari BKNS.
Comments