top of page

IKMa turun padang promosi JOM@COOP

nabalunews

8 Februari 2025


LAHAD DATU: Institut Koperasi Malaysia (IKMa) mengadakan Program Promosi Turun Padang Ke Arah Memperkasa Koperasi (JOM@COOP 2025), di sini, hari ini.


Program yang dihadiri lebih 100 peserta itu diadakan di Dewan Kampung Bukit Belacon, Segama dan dirasmikan Ahli Lembaga Pengarah IKMa, Datuk Basari Sarkun.


Basari dalam ucapannya berkata, program promosi itu adalah salah satu fungsi agensi berkenaan dalam meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai koperasi.

Katanya, ia bagi menggalakkan orang ramai khususnya penduduk kampung untuk membangunkan ekonomi komuniti setempat menerusi penubuhan koperasi.


“Hari ini, IKMa mempromosikan kelebihan dan keistimewaan koperasi kepada masyarakat serta menghebahkan perkhidmatan dan produk yang ditawarkan oleh IKMa.


“Ia termasuk pengisian program perkongsian ‘Zero to Hero’ oleh Koperasi Pelancongan Mukim Batu Puteh Kinabatangan Berhad,” katanya.


Turut hadir, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Datuk Mohd Ali Mansor dan Pengarah IKMa Sabah, Razalie Raffae.


Menurut Basari, sehingga hari ini, sebanyak 1,798 koperasi didaftarkan di Sabah menjadikannya negeri kedua tertinggi di Malaysia dari segi bilangan koperasi dengan 369,000 anggota dan pendapatan

sebanyak RM677 juta.


Katanya, ini membuktikan betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh sektor koperasi di negara ini yang juga merupakan penyumbang ketiga terbesar kepada ekonomi negara selepas sektor kerajaan dan swasta.


“Ia jelas menunjukkan bahawa gerakan koperasi mempunyai potensi yang besar untuk dibangunkan dan merupakan platform terbaik untuk meningkatkan tahap pendapatan dan sosioekonomi masyarakat terutamanya golongan B40.


“Melalui program ini IKMa berpeluang bertemu dengan anggota koperasi. Disamping itu, IKMa dan agensi-agensi yang terlibat dapat menyalurkan maklumkan serta menghebahkan program dan perkhidmatan yang telah dirancang agensi sepanjang tahun 2025,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page