Individu bukan warga Sabah tidak perlu lagi kebenaran untuk masuk ke negeri ini
30 Okt 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Individu bukan warga Sabah tidak perlu lagi mendapatkan kebenaran daripada kerajaan negeri dan polis untuk masuk ke negeri bermula Isnin depan.
Bagaimanapun kelonggaran itu hanya dibenarkan kepada individu yang lengkap vaksin dan keputusan ujian saringan RTK Antigen adalah negatif, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun.
Menurut beliau, keputusan tersebut selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menarik balik larangan rentas negeri mulai 1 November ini.
“Prosedur operasi standard (SOP) yang terkini bagi pergerakan domestic akan dikeluarkan esok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Comentários