top of page
nabalunews

Inisiatif 'Touchpoint Kelahiran' ADUN Kadamaian diteruskan demi rakyat

13 November 2024


KOTA BELUD: Sumbangan Touchpoint Kelahiran yang menjadi sebahagian daripada inisiatif Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N11 Kadamaian untuk memperkukuhkan hubungan pemimpin dengan masyarakat serta memberikan sokongan kepada penduduk setempat diteruskan hari ini dengan penyampaian sumbangan kepada adik Nathalena Ieva Jarme dari Kampung Tamu Darat, Kadamaian, Kota Belud.


Sumbangan ini diserahkan oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N11 Kadamaian, Juin Kolod mewakili ADUN Kadamaian Datuk Ewon Benedick yang juga Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi.


Adik Nathalena diwakili oleh ibunya, Willsey Bonny semasa penyerahan sumbangan tersebut.


Juin turut menyampaikan salam tahniah dan ucapan dari Ewon kepada keluarga penerima, dengan harapan agar sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban keluarga adik Nathalena.

Comments


bottom of page