top of page

IPD Keningau lancarkan penggunaan applikasi QR Code aduan awam

nabalunews

Supritendan Yampil merakamkan gambar kennagan bersama Pengawai-Pegawai Kanan IPD Keningau dan IPK Sabah selepas "walkabout" itu.
Supritendan Yampil merakamkan gambar kennagan bersama Pengawai-Pegawai Kanan IPD Keningau dan IPK Sabah selepas "walkabout" itu.

11 Februrari 2025


KENINGAU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau melancarkan dan memperluaskan penggunaan aplikasi QR Code bagi menerima aduan awam.


Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai berkata, dengan adanya QR Code ini, ia akan memudahkan orang awam melaporkan sebarang kejadian jenayah dengan mudah dan pantas serta menjimatkan masa.


“Daerah Keningau adalah antara daerah melancarkan pengguna QR Code ini selepas dilancarkan pada September tahun lalu oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Jikun di Kota Kinabalu.

 Supritendan Yampil (kedua dari kanan) menyerahkan risalah keselamatan kepada pengurus salah sebuah pasar raya di Keningau.
 Supritendan Yampil (kedua dari kanan) menyerahkan risalah keselamatan kepada pengurus salah sebuah pasar raya di Keningau.

“Oleh itu, orang awam disarankan supaya menggunakan kemudahan QR Code dengan tujuan sebenar agar tindakan dapat diambil dengan tepat,”katanya.


Beliau berkata demikian kepada media semasa mengetuai program "walkabout" bersama Pegawai-Pegawai yang terdiri daripada IPD Keningau dan Jabatan Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sekitar daerah Keningau, hari ini.


Sementara itu, mengenai "walkabout" itu Yampil berkata, ianya bertujuan bagi menyantuni masyarakat setempat dan meningkatkan hubungan komuniti dengan pihak polis.


"Program ini juga bertujuan untuk mengukuhkan kepercayaan orang awam terhadap pasukan polis dan memperlihatkan komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM).


“Ia amat penting dalam menjaga keselamatan serta keharmonian masyarakat di daerah ini selaras dengan slogan polis dan masyarakat berpisah tiada.


“Saya bersama pegawai-pegawai kanan dari IPD Keningau dan IPK Sabah turun padang bertemu dengan warga Keningau, mendengar keluhan dan memberi penjelasan mengenai pelbagai inisiatif keselamatan yang sedang dijalankan di daerah ini,” katanya.


Menurutnya, ini juga merupakan salah satu pendekatan PDRM untuk mendekatkan diri dengan masyarakat setempat.


"Melalui program walkabout ini, kita dapat berinteraksi secara langsung dengan penduduk, memberi penerangan tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil, dan mendengar isu-isu yang dihadapi oleh mereka" jelasnya lagi.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page