top of page

IPK Sabah perluas penggunaan Qr Code Aduan Masyarakat di seluruh Sabah

nabalunews

Azhar bertemu masyarakat di Sandakan.
Azhar bertemu masyarakat di Sandakan.

31 Januari 2025


SANDAKAN: Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah komited untuk terus memperluas penggunaan sistem QR Code Aduan Masyarakat bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.


Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Datuk Mohd Azhar Hamin berkata, menerusi sistem berkenaan, masyarakat akan terus dapat menyalurkan maklumat salah laku jenayah secara pantas, mudah dan telus.


Katanya, sejak dilancarkan September lalu, polis menerima sebanyak 102 aduan melibatkan pelbagai kes jenayah.

Qr Code Aduan Masyarakat memudahkan penyaluran maklumat kepada pihak polis.
Qr Code Aduan Masyarakat memudahkan penyaluran maklumat kepada pihak polis.

“Antara aduan diterima ialah 23 aduan ketenteraman awam, 17 kes judi dalam talian, 20 kes narkotik, tiga kes penipuan komersial, lima aduan trafik dan 29 aduan lain-lain.


“Prestasi ini jelas menunjukkan bahawa sistem QR Code Aduan Masyarakat memberi kesan positif dalam meningkatkan penyampaian maklumat daripada orang ramai kepada pihak polis,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas program bertemu masyarakat di Bandar Sandakan, hari ini.


Azhar berkata, berdasarkan pencapaian itu, IPK terus memperluaskan promosi penggunaan sistem berkenaan ke daerah Sandakan.


Katanya, kerjasama masyarakat dalam menyalurkan maklumat jenayah kepada pihak polis mampu menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.


“Penggunaan sistem itu amat mudah dan tidak memerlukan nama pengadu tetapi hanya laporan serta lokasi sebelum tindakan penguatkuasaan polis dalam dilaksanakan.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page