top of page
nabalunews

Isu roboh rumah balu anggota polis, tidak benar, dieksploitasi golongan tertentu: Jauteh


19 Disember 2024


KOTA KINABALU : Isu perobohan rumah melibatkan Sitti Bandorah Mahalil, balu kepada seorang anggota polis, allahyarham Sarjan Abdul Azis Sarikon yang terkorban dalam peristiwa berdarah di Kampung Simunul, Semporna, Sabah pada 2013 adalah tidak benar dan dieksploitasi pihak tertentu.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, pihak polis sudah membuat penelitian berkenaan isu perobohan rumah terbabit di Pulau Bodgaya, Semporna yang tular di media sosial sejak semalam.


"Berkaitan dengan satu isu yang tular di media sosial berkenaan dengan isu perobohan rumah di Pulau Bodgaya, Semporna melibatkan balu kepada seorang anggota polis yang telah terkorban dalam peristiwa berdarah di Kampung Simunul pada tahun 2013.

Isu ini telah tular sejak semalam dan kami telah membuat penelitian terhadap isu berkenaan dan mendapati bahawa isu ini adalah tidak benar yang mana balu berkenaan tidak tinggal di rumah berkenaan.


"Rumah itu merupakan milik ayah dia dan dibina pada tahun 1980an dan yang tinggal di rumah ini adalah adik dia bersama dengan anak-anak adik dia. Yang mana penama ini sendiri tinggal di daratan, di mainland dan mempunyai beberapa buah rumah sendiri.


"Di samping itu semasa operasi ini, pihak penguatkuasa juga tidak pernah mengeluarkan apa-apa ugutan ke atas individu berkenaan. Dan yang paling penting, rumah ini tidak pernah diroboh, tidak diroboh. Yang diroboh adalah beberapa rumah kosong yang dipercayai bahawa rumah-rumah kosong ini adalah milik warganegara asing," katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini, petang tadi.


Jauteh berkata, pihak polis sudah menekankan sejak dari awal bahawa mana-mana rumah milik warganegara atau warga tempatan tidak akan dirobohkan dalam operasi ini walaupun notis telah dikeluarkan pihak Taman-Taman Sabah dan pihak penguatkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia, PDRM adalah sebahagian daripada kumpulan operasi berkenaan.


"Kita telah menekankan daripada awal, walaupun di dalam isu di Kampung Bodgaya ini, isu dia adalah notis dikeluarkan oleh pihak Taman-Taman Sabah dan pihak penguatkuasa termasuk PDRM merupakan sebahagian daripada kumpulan operasi berkenaan, kita telah menekankan daripada awal bahawa mana-mana rumah milik warganegara Malaysia yang dijumpai semasa operasi ini tidak akan dirobohkan.


"Dan daripada sejumlah 3,257 rumah yang telah dirobohkan, dalam operasi Op Koloni Setinggan ini, sehingga kini tidak ada satupun rumah warganegara Malaysia yang dirobohkan.


"Saya percaya bahawa isu ini telah dieksploitasi oleh golongan tertentu untuk cuba melemahkan operasi yang sedang dirancang oleh pihak PDRM dan agensi-agensi lain untuk mengurangkan ataupun menghapuskan koloni-koloni setinggan Pendatang Asing Tanpa Izin," tegasnya.


Jauteh berkata, kawasan yang terlibat ini adalah milik Taman-Taman Sabah dan sebarang isu berkaitan termasuk perkampungan yang dikatakan sudah dibina sejak 1980-an akan diserahkan kepada pihak kerajaan negeri dan juga Taman-Taman Sabah untuk mengatasinya.


Beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan terhadap pihak yang mengeksploitasi isu ini.


"Dan untuk makluman juga, penama ini yang telah dieksploitasi juga mempunyai seorang anak pegawai kanan polis. Anak dia sendiri pun seorang pegawai kanan polis, jadi erti dia, golongan tertentu yang cuba mengeksploitasi isu ini mengambil kesempatan untuk memanipulasikan apa juga isu untuk cuba melemahkan usaha pihak penguatkuasa yang diketuai oleh PDRM dalam usaha untuk menghapuskan koloni setinggan Pendatang Asing Tanpa Izin di Sabah," katanya.


Menurut Jauteh, pemangku Ketua Polis Daerah Semporna telah berjumpa dengan keluarga berkenaan untuk mendapatkan gambaran sebenar.…

留言


bottom of page