top of page
  • Wartawan Nabalu News

Isu Tuntutan Sulu: Polis Sabah siap siaga, tingkat kawalan keselamatan


4 Julai 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Polis Sabah meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan penugasan anggota di sempadan negara bagi menghadapi sebarang ancaman pihak luar susulan kemenangan negara berkenaan isu tuntutan daripada pihak mendakwa waris Kesultanan Sulu.


Ini susulan keputusan Mahkamah Rayuan Belanda yang menolak permohonan mereka untuk menguat kuasakan final award timbang tara yang dituntut daripada Malaysia.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, berkata pihaknya sentiasa memantau perkembangan isu tuntutan tersebut dan akan membuat perancangan baharu untuk seimbangkan berita-berita terkini dengan penugasan polis.


"Kita akan memastikan apa juga perkembangan, kita akan menambah penugasan (anggota) dan membuat perancangan baharu untuk seimbangkan berita-berita terkini dengan penugasan kita


“Oleh itu, orang ramai tidak perlu risau kerana pihak keselamatan akan memberi perkhidmatan terbaik untuk menangani isu-isu berkenaan," katanya.


Beliau berkata demikian selepas majlis serah terima tugas jawatan Ketua Polis Daerah Penampang dan Pengerusi Perkep Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, kelmarin.


Jauteh juga berkata rondaan di kawasan perairan Sabah akan dikekalkan dan risikan akan dipertingkatkan bagi mendapatkan maklumat serta apa juga perkara yang dilihat di luar daripada kebiasaan.


Polis Sabah juga bekerjasama dengan agensi keselamatan negara jiran bagi menjalankan pemantauan di kawasan perairan dan sekiranya berlaku perkara yang di luar kebiasaan, polis akan membuat susulan secara mendalam.


Comments


bottom of page