top of page
nabalunews

Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sandakan cari waris kanak-kanak

12 September 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


SANDAKAN: Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Bahagian Sandakan sedang mencari waris kepada seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Hakime berumur 9 tahun.


Ibu kandungnya dikenali sebagai Nurul Aziera Rosk.


Terdahulu, Pelindung Kanak-Kanak dari JPKA Bahagian Sandakan telah menerima makluman berkenaan satu kes penderaan kanak-kanak daripada pihak Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) Hospital Duchess of Kent, Sandakan. 


Kanak-kanak ini kini diletakkan di tempat selamat iaitu Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu di bawah Seksyen 25(2)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 Pindaan 2016 sementara pihak polis dan pelindung bahagian Sandakan menjalankan siasatan untuk mencari ahli keluarga ataupun waris kanak-kanak ini.


Dimaklumkan bahawa bapa kandung kanak-kanak ini juga sedang ditahan oleh pihak berkuasa manakala ahli keluarga yang lain masih belum dapat dikesan.


Sehubungan itu, mana-mana waris atau ahli keluarga yang mengenali kanak-kanak ini diminta tampil untuk membantu siasatan bagi memudahkan urusan berkaitan kanak-kanak tersebut.


Penolong Pengarah Pejabat JPKA Bahagian Sandakan, Ansharey Matarsad berkata orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pelindung Bahagian Sandakan, Harland Jupiri di Pejabat JPKA Bahagian Sandakan melalui talian 089-667821 (pejabat).

Comments


bottom of page