top of page
  • nabalunews

Jalan Pertanian Kaung Lapai tidak dapat dilalui akibat bencana, perlu dibaiki segera

3 Oktober 2024


KOTA BELUD: Hujan lebat berterusan menyebabkan Jalan Pertanian Kaung Lapai - Jalan Mini Hidro, Kampung Kaung Ulu tidak dapat dilalui dan ini menjejaskan 100 penduduk, khususnya petani yang bergantung kepada laluan berkenaan untuk ke kebun masing-masing bagi mendapatkan hasil pertanian mereka.


Akibat jalan berkenaan tidak dapat dilalui, penduduk kini menghadapi kesukaran untuk menjalankan aktiviti harian mereka sekaligus penduduk bimbang ini akan menjejaskan sumber pendapatan mereka.


Laluan tersebut kini berada dalam keadaan kritikal dan memerlukan tindakan segera bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dilaksanakan secepat mungkin.


Penduduk terjejas juga menyeru pihak berkuasa dan agensi berkaitan untuk segera mengambil tindakan bagi membaik pulih jalan serta menyediakan sokongan yang diperlukan.

Commentaires


bottom of page