top of page

Jangan buat spekulasi mengenai kejadian orang terjun laut di bandar Sandakan

nabalunews

30 Mac 2025


SANDAKAN: Orang ramai disaran tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian seorang wanita yang dilapor terjun bersama anaknya di Jalan Coastal Sandakan, malam Ahad.


Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan.


"Dalam masa yang sama, kita meneruskan operasi mencari dan menyelamat bersama pihak Bomba, Pasukan Polis Marin, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan agensi berkaitan," jelasnya.


Beliau berkata demikian pada sidang media sejurus selepas melancarkan Ops Selamat sempena perayaan Hari Raya, hari ini.


Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Supt. Ramasamy Kuppan, Ketua Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan, ASP Freddy Untun dan pegawai yang lain.


Sementara itu, berkenaan Ops Selamat, Ahsmon berkata, pihaknya menempatkan pegawai dan anggota bertugas selain memfokuskan kawasan hotspot.


Katanya, polis turut memandang serius perbuatan memandu secara lalai oleh pemandu seperti menggunakan telefon semasa memandu, melanggar lampu dan melanggar barisan berkembar.


“Ia akan menyusahkan pengguna jalan yang lain dan ia satu kesalahan yang tidak seharusnya dilakukan. 


“Orang ramai juga dinasihatkan agar memandu dengan cermat, memastikan kenderaan dalam keadaan yang baik selain merancang perjalanan mereka semasa musim perayaan ini,” katanya.

Commentaires


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page