top of page

Jangan tekan pautan yang tidak sahih, elak jadi mangsa penipuan

  • nabalunews
  • 13 minutes ago
  • 1 min read


24 April 2025


SANDAKAN: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menjadi mangsa penipuan dalam talian berhubung penawaran dan permohonan program perumahan rakyat (PPR) di negeri ini.


Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah, Datuk Isnin Aliasnih, terdapat pautan berkenaan tawaran itu menerusi laman web palsu yang disebarkan di aplikasi media sosial ketika ini.


Katanya, pihak kementerian tidak pernah membuat sebarang kenyataan mengenai tawaran itu melalui pautan berkenaan.


“Orang ramai diharap peka dengan mesej tular itu dan tidak mudah memasukkan apa-apa data mengenai peribadi yang diminta oleh pihak yang cuba menipu atau scammer itu.


“Orang ramai juga disarankan agar membuat rujukan kepada pihak kementerian atau pihak majlis daerah secara terus bagi mengelak menjadi mangsa penipuan seumpama,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui media sejurus merasmikan Majlis Angkat Sumpah dan Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Daerah Belurann Bagi Tahun 2025-2027 di Ballroom Sabah Hotel, Sandakan, pada Khamis.


Turut hadir, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labuk, Datuk Samad Jambri, Pegawai Daerah Beluran merangkap Pengerusi Majlis Daerah Beluran, Roger Appolonius dan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Beluran, Huil Binua.


Terdahulu, pada majlis berkenaan, seramai 18 ahli majlis mengangkat sumpah dan menerima watikah masing-masing.


Dalam pada itu, Isnin berharap agar semua ahli majlis terbabit dapat melaksanakan tugas mereka dengan sebaiknya untuk kesejahteraan rakyat dikawasan itu.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page